MADU LEBAH ASLI

FIRMAN ALLAH TAALA

"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

(ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl)

Saturday, January 30, 2010

khasiat madu lebah asli

Berikut adalah antara lain Khasiat madu lebah asli

• Meningkatkan kekuatan tenaga fisik.
• Mencerahkan mata, memutihkan dan menguatkan gigi.
• Mencerdaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
• Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
• Madu dan sarang lebah madu merupakan bahan asas kepada krem kulit, lipstik dan losyen tangan.
• Mempercepat penyembuhan luka terbuka, melawan Jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
• Menghilangkan panas badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
• Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. Madu lebah juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
• Madu lebah mempunyai kemampuan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (oleskan).
• Madu lebah adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan menambah tenaga.BAHAN MINERAL DAN VITAMIN DALAM MADU LEBAHBahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam madu lebah amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam madu lebah:


VITAMIN A


Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

VITAMIN B


Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga selaput mata, dan membantu proses metabolisma.

VITAMIN C


Membantu mempercepat penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

VITAMIN D


Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

VITAMIN E


Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

VITAMIN K

Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan. Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam madu lebah dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali. Pengambilan madu lebah secara berterusan banyak memberi manfaat kepada kesehatan serta mampu menghindari dari berbagai jenis penyakit seperti: Kencing manis
• Barah/Kanser
• Mata kelabu
• Letih/Lesu/Tenat
• Tenaga batin/Seks
• Lendir/Kahak
• Penyeri muka
• Awet muda
• Pendarahan otak
• Gastrik
• Gagap
• Batuk
• Penyakit Kulit
• Sakit Telinga
• Lemah jantung
• Jerawat
• Pening
• Pekak
• Lumpuh
• Uban (Berpenyakit)
• Susah tidur
• Sakit sendi
• Sembelit
• Selsema
• Sakit puan
• Resdung
• Darah tinggi
• Sakit kepala
• Angin
• Luka
• Keputihan
• Bintik-bintik hitam
• Rambut gugur
• Sakit pinggang
• Terbakar
• Haid
• Buasir
• Batuk kering
• Lupa
• Keracunan Makanan
• Asma/Lelah
• Kurang darah
• Alahan/Allergic
• Kanak-kanak (Sihat)
• Dan lain-lain...


No comments:

Post a Comment